AGENDA

Hospital Serdang tukar status rawat pesakit Covid-19 sepenuhnya 

29 Jul 2021, 3:31 PM
Hospital Serdang tukar status rawat pesakit Covid-19 sepenuhnya 

SHAH ALAM 29 JULAI: Hospital Serdang menjadi hospital keempat di Selangor yang ditukar status untuk merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata keputusan itu dibuat kelmarin oleh Pasukan Bertindak Khas Kesihatan Awam Lembah Klang (GKV STF).

“Pasukan ini telah mengarahkan supaya perkhidmatan jantung di hospital ini disumberluarkan sepenuhnya susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di Lembah Klang.

“Tindakan ini  memberi ruang kepada rawatan kes Covid-19 terutamanya melibatkan kes kritikal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 2 Oktober tahun lalu, Hospital Sungai Buloh menjadi yang pertama beroperasi sebagai hospital merawat Covid-19 sepenuhnya.

Manakala pada 23 Jun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memutuskan pertukaran status Hospital Ampang kepada hospital penuh merawat wabak ini dan diikuti Hospital Selayang pada 21 Julai lalu.

Selangor merekodkan 17,170 kes Covid-19 hari ini, menurun sedikit berbanding 17,405 kes semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619