ADN

Kerajaan disaran semak semula penempatan pusat nilai Covid-19

29 Jul 2021, 4:54 AM
Kerajaan disaran semak semula penempatan pusat nilai Covid-19
Kerajaan disaran semak semula penempatan pusat nilai Covid-19

SHAH ALAM 29 JULAI: Kerajaan disaran menyemak semula penempatan pusat penilaian Covid-19 (CAC) seluruh negara terutama di Lembah Klang.

Ahli Dewan Negeri Sentosa berkata ia berikutan terdapat CAC di Lembah Klang yang ditempatkan di kawasan yang kurang kondusif.

[caption id="attachment_473529" align="alignleft" width="348"] ADN Sentosa Dr G Gunarajah[/caption]

Menurut Dr G Gunaraj penempatan CAC bukan perkara yang perlu dipandang mudah kerana perkara ini melibatkan nyawa pesakit, tenaga kerja barisan hadapan dan kemaslahatan penduduk setempat.

"Apakah kerajaan bangga mengumumkan pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) mega di hotel-hotel mewah dan tempat yang kondusif namun melepaskan batuk di tangga sahaja dalam menempatkan CAC.

"CAC adalah satu pusat sehenti bagi rakyat yang disahkan positif Covid-19 bagi mengklasifikasikan tahap pesakit untuk tindakan selanjutnya oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyarankan kerajaan menggunakan sistem janji temu di CAC seperti yang digunakan di pusat vaksinasi supaya pesakit Covid-19 tidak perlu beratur lama.

Baru-baru ini penduduk Taman Sri Andalas membantah keputusan KKM mewujudkan CAC di Dewan Sukan Taman Sri Andalas yang terlalu hampir dengan lokasi perumahan dan menyuarakan kebimbangan mungkin berlaku peningkatan kes Covid-19.

Namun hasil perbincangan memutuskan operasi CAC di dewan berkenaan dipindahkan ke Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang.

CAC ditubuhkan KKM pada akhir Januari lalu bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619