AGENDA

8,500 mohon rebat RM20 ke pusat vaksin, 3,000 telah ditebus

28 Jul 2021, 9:04 AM
8,500 mohon rebat RM20 ke pusat vaksin, 3,000 telah ditebus

SHAH ALAM, 28 JULAI: Sebanyak 8,500 permohonan rebat RM20 diterima bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab sehingga semalam.

Ketua tanggungjawab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata daripada jumlah tersebut, hampir 7,000 permohonan diluluskan sejak dibuka 20 Jun lalu.

Ahmad Azri Zainal Nor menjelaskan dalam tempoh sama, seramai 3,000 individu pelbagai lapisan umur menebus rebat untuk ke pusat vaksin sekitar Lembah Klang.

"Majoriti pemohon berusia antara 20 hingga 40 tahun memandangkan golongan ini celik teknologi dan mempunyai akaun Grab.

"Alhamdulillah, penerimaan begitu menggalakkan kerana kelonggaran juga diberi kepada mereka yang terlepas semasa mendapat dos pertama vaksin dan ditebus untuk suntikan dos kedua," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan tablet kepada pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11 di sini hari ini.

Mereka yang menerima tarikh vaksin boleh memohon dengan mendaftar di www.platselangor.com dan tekan butang Inisiatif MBI Bisnes Amal.

Permohonan rebat yang dibuka 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh Selangor dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Sebelum ini, inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dikhususkan untuk penduduk berusia 50 tahun ke atas tetapi diperluas ke semua peringkat usia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619