AGENSI

MBI sumbang tablet untuk pelajar SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah

28 Jul 2021, 7:18 AM
MBI sumbang tablet untuk pelajar SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah

SHAH ALAM, 28 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang 15 unit tablet kepada pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) Tinggi Tengku Ampuan Jemaah di sini bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata peranti jenis Lenovo bernilai RM700 setiap satu disumbangkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) selepas pemilihan dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor.

"Mereka yang dikenal pasti ini mempunyai masalah untuk mengikuti PdPR dalam talian sepanjang tempoh pandemik kerana ketiadaan peranti malah ada sebahagian mereka terpaksa berkongsi satu gajet dengan adik-beradik lain.

"Kita berharap kemudahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk belajar dan mengelak melakukan perkara tidak sepatutnya," kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menjangkakan akan menerima lebih banyak permohonan mendapatkan kemudahan sama mengambil kira sesi PdPR dilanjutkan sehingga akhir Ogos.

"Setakat ini ada dua permohonan daripada badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), namun kebiasaannya kita mengehadkan antara 10 hingga 15 unit kerana perlu membantu sekolah lain.

"Insya-Allah, kita masih lagi mampu untuk memberi sumbangan seperti ini sehingga hujung tahun berdasarkan baki peruntukan tersedia melalui pakej bantuan Covid-19," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619