AGENDA

Pesakit Covid-19 jalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di rumah

28 Jul 2021, 3:05 AM
Pesakit Covid-19 jalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di rumah

JOHOR BAHRU, 28 JUAI: Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir di Tangkak, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.48 pagi.

Beliau berkata kematian pesakit itu, Zuraimi Abd Aziz, 51, disedari oleh anak saudaranya ketika menghantar bekalan makanan apabila menemukan mangsa yang dipercayai tinggal seorang diri di rumah berkunci itu, tidak sedarkan diri.

"Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini masih belum disentuh, menyebabkannya bertindak menjenguk melalui tingkap dan menyedari bapa saudaranya sudah terbaring.

"Anak saudaranya kemudian bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada bomba untuk melihat keadaan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa positif Covid-19 dan telah meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat positif Covid-19.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619