AGENDA

Kes sporadik boleh dikenal pasti dengan sistem berkesan, teknologi

27 Jul 2021, 12:19 PM
Kes sporadik boleh dikenal pasti dengan sistem berkesan, teknologi

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kes sporadik yang menjadi punca peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 boleh dikesan sekiranya Malaysia mempunyai kaedah pengesanan kontak berkesan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berkata pada masa ini pihak berkuasa tidak dapat mengikuti rangkaian penularannya.

"Itulah peranan pengesanan kontak, sangat penting kalau hanya berpandukan separa manual atau manual sepenuhnya, minta maaf MySejahtera hanya satu aplikasi imbasan QR sahaja.

"Kunci kejayaan negara seperti Singapura yang menggunakan Bluetooth, kesan semuanya...Taiwan, Korea Selatan terkait soal pengesanan kontak pantas bukan meletakkan pegawai pusat kesihatan daerah untuk membuat ratusan panggilan sehari," katanya.

Bekas menteri kesihatan itu berkata demikian ketika berbahas pada hari kedua Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.

Dr Dzulkefly yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) melahirkan kekecewaan apabila kerajaan pusat tidak berkongsi data yang penting bagi memerangi wabak itu.

"Begitu juga kami di Selangor, apabila menjalankan kegiatan kecerdasan buatan (AI) untuk belajar pergerakan (wabak), datanya tiada.

"Apabila tiada perkongsian itu kamu hendak kami bertempur, kamu menolak kami ke gelanggang tetapi kamu membutakan mata kami dan mengikat tangan kami di belakang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619