AGENDA

Doktor kontrak sertai protes tidak dikenakan tindakan - Menteri

27 Jul 2021, 9:20 AM
Doktor kontrak sertai protes tidak dikenakan tindakan - Menteri

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap pegawai perubatan kontrak susulan protes Hartal Kontrak semalam.

Menteri kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan berkenaan susulan desakan ramai ahli parlimen termasuk bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada hari kedua Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.

"Tiada tindakan akan dikenakan ke atas mereka walaupun mereka keluar untuk demonstrasi.

"Kita tidak akan ambil tindakan, mereka berhak menyertai perhimpunan berkenaan," katanya ketika menggulung sesi penerangan pada sidang khas berkenaan.

Semalam, pegawai perubatan kontrak di hospital di beberapa negeri terbabit dalam Hartal Doktor Kontrak atau mogok umum dengan keluar beramai-ramai dari premis kesihatan tempat mereka bekerja tepat pukul 11 pagi.

Mereka bertegas dengan tuntutan, iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619