AGENSI

Sidec: 90 syarikat berjaya bangun produk, tingkat aspek pengurusan

27 Jul 2021, 8:42 AM
Sidec: 90 syarikat berjaya bangun produk, tingkat aspek pengurusan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sebanyak 90 syarikat pemula berjaya dipupuk menerusi Program Pemecut Selangor (SAP) sejak diperkenalkan pada 2018.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata pihaknya bukan sahaja menberi tumpuan menggilap syarikat tersebut dari aspek pembangunan produk tetapi juga pengurusan.

"Sebagai contoh syarikat berasaskan teknologi pertanian akan ditempatkan di agensi berkaitan untuk membantu melakukan ujian selanjutnya dan sekali gus memberi peluang sama ada produk diterima agensi dalam operasi mereka," kata Yong Kai Ping.

Beliau berucap pada sidang media secara maya sempena pelancaran SAP 2021 melalui aplikasi Zoom hari ini yang dirasmikan EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim.

Katanya, daripada 90 syarikat tersebut, 43 peratus daripadanya telah menerima dana menerusi program berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 30 syarikat pemula dipilih menyertai SAP 2021 yang terdiri daripada perniagaan berkaitan teknologi pertanian, teknologi perbankan, teknologi hijau, e-dagang dan perbandaran pintar.

Program ini dinilai panel hakim iaitu 70 peratus skor penilaian untuk peserta manakala 30 peratus lagi merangkumi prestasi dan kehadiran mereka sepanjang program berlangsung.

Lima syarikat terbaik berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan beberapa faedah tambahan lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619