AGENDA

Saringan bersasar ikut saranan WHO, kata pengerusi STFC

27 Jul 2021, 5:56 AM
Saringan bersasar ikut saranan WHO, kata pengerusi STFC

SHAH ALAM, 27 JULAI: Langkah Kerajaan Selangor mengadakan saringan Covid-19 besar-besaran sejak tahun lalu selaras gesaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengawal wabak, kata ahli parlimen Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang juga pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), berkata badan dunia itu mengesyor kaedah FTTIS (cari, uji, jejak, asing, sokong) diguna pakai Kerajaan Negeri.

Tambahnya, STFC menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan titik panas sebelum saringan dilaksana tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) waktu itu hanya memberi tumpuan ujian kontak rapat.

"Kami melakukan saringan bersasar sebelum berlaku kluster dan menerusinya kita mendapati ada kawasan jangkitan positifnya melangkaui lebih 20 peratus.

"Andai tidak dilakukan inilah menyebabkan terjadi perebakan dan menjangkiti komuniti, jangkitan boleh berlaku dua arah sama ada dari rumah atau di tempat kerja," katanya pada hari kedua sidang khas Parlimen.

Sejak diperkenal April tahun lalu, Kerajaan Negeri menyaring lebih 120,000 penduduk  menerusi tiga fasa Saringan Komuniti yang berakhir Jun lalu.

Dr Dzulkefly berucap apabila diberi laluan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyampaikan penerangan berhubung peranan kerajaan mengawal Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619