AGENDA

Peguam: Hanya Agong boleh batal Ordinan Darurat, Kabinet tiada kuasa

26 Jul 2021, 3:15 PM
Peguam: Hanya Agong boleh batal Ordinan Darurat, Kabinet tiada kuasa

SHAH ALAM, 26 JULAI: Peguam Mohamed Hanipa Maidin menegaskan pembatalan Ordinan Darurat hanya boleh dilakukan Yang di-Pertuan Agong, bukan anggota Kabinet.

Beliau berkata hanya Baginda memiliki kuasa untuk membatalkannya berdasarkan peruntukan Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan berikutan undang-undang itu digubal bawah Artikel 150 (2B).

"Pembatalan itu mesti disahkan atau diperkenan melalui tandatangan Yang di-Pertuan Agong. Dan selepas itu ia wajib diwartakan. Setelah diwarta, ia baru boleh dikatakan sah dibatalkan," katanya kepada Selangorkini hari ini.

Mohamed Hanipa yang juga ahli parlimen Sepang juga difahamkan pembatalan ordinan berkenaan sehingga kini belum diwarta.

"Oleh itu jika benar, ia mengesahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah gagal membuktikan pembatalan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.

Dalam sidang khas Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan semua ordinan darurat yang dijadual berakhir pada 1 Ogos ditarik balik pada 21 Julai lalu.

Pengumuman itu mengakibatkan ahli parlimen Pakatan Harapan mempertikai tindakan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619