ADN

90 peratus penduduk Kajang dijangka lengkap dos vaksin pada September

26 Jul 2021, 9:00 AM
90 peratus penduduk Kajang dijangka lengkap dos vaksin pada September
90 peratus penduduk Kajang dijangka lengkap dos vaksin pada September

KAJANG 26 JULAI: Sebanyak 90 peratus penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dijangka lengkap menerima dua dos suntikan vaksin September depan.

Wakil rakyatnya Hee Loy Sian berkata peratusan itu melibatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan Selangor Vaksin (Selvax).

[caption id="attachment_480874" align="alignleft" width="346"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Hee Loy Sian[/caption]

"Setakat ini, jumlah individu yang menerima dua dos vaksin lebih 30 peratus dan agak tinggi kerana terdapat beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) yang membantu meningkatkan proses vaksinasi.

"Individu yang belum menerima tarikh janji temu vaksin di aplikasi MySejahtera disaran segera membuat permohonan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)," katanya pada program Selvax DUN Kajang di Dewan Seri Cempaka hari ini.

Loy Sian juga menyarankan supaya masyarakat tidak memilih jenis vaksin Covid-19 yang diberikan kepada mereka.

"Semua perlu mengambil peluang dan jangan memilih kerana setiap vaksin mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

Pada 30 Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Program itu bakal memanfaatkan 1.25 juta penduduk di Selangor yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619