PBT

MDHS bantu ringankan beban lapan beradik yatim piatu

25 Jul 2021, 4:54 AM
MDHS bantu ringankan beban lapan beradik yatim piatu

SHAH ALAM, 25 JULAI : Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyalurkan bantuan keperluan asas kepada lapan beradik yang baru kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Yang Dipertua Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata berkata sumbangan berupa makanan asas seperti beras, mi segera, gula, susu pekat, biskut, minyak masak, telur, milo dan wang tunai RM3,000.

"Prihatin dengan nasib ditimpa yatim piatu ini, kita mengambil inisiatif membantu mereka dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban anak-anak ini," katanya menerusi kenyataan.

Sumbangan itu disampaikan Dr Mohd Azhar kepada kakak sulung Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, dan turut disertai Orang Besar Daerah Hulu Selangor Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa.

MDHS turut mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan dan sanitasi di dalam dan sekitar kediaman keluarga tersebut bagi mencegah penularan Covid-19.

Nazurah Nabilah serta tujuh adiknya menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Noraini Ibrahim, 43, dan Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 dan 18 Julai akibat Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619