AGENDA

Kerajaan nafi keluar kad fizikal individu lengkap dos vaksin

24 Jul 2021, 9:12 AM
Kerajaan nafi keluar kad fizikal individu lengkap dos vaksin

SHAH ALAM, 24 JULAI: Penggunaan kad fizikal bercetak yang dijual di pasaran bagi individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkata kad fizikal tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti seseorang individu telah melengkapkan dos suntikan.

Katanya, buat masa ini pengeluaran 'MY Covid-19 Vaccination Badge' masih menunggu kelulusan daripada Kabinet.

"Sebaliknya, ketika ini hanya mengguna pakai sijil digital di aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di pusat pemberian vaksin (PPV).

"Orang ramai disaran sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih," katanya menerusi kenyataan.

Hari ini tular di media sosial video selama 1.14 minit yang memaparkan seorang wanita mendakwa kad berkenaan dicetak dari MySejahtera dengan butiran lengkap penerima vaksin merangkumi nama, tarikh menerima vaksin dan jenis vaksin yang diterima.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619