AGENDA

Majlis daerah nafi wujud kluster Pasar Awam Sungai Besar

24 Jul 2021, 9:06 AM
Majlis daerah nafi wujud kluster Pasar Awam Sungai Besar

SHAH ALAM, 24 JULAI: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menafikan dakwaan terdapat 60 kes positif Covid-19 yang dikaitkan dengan Pasar Awam, Sungai Besar.

Yang Dipertuanya Azman Dahlan berkata dakwaan wujud kluster di pasar terbabit seperti tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat kenyataan palsu sehingga mengundang permasalahan, kebimbangan dan ketakutan kepada orang ramai serta pengunjung pasar khususnya peniaga Pasar Awam, Sungai Besar.

"Anda juga diingatkan tidak berkongsi maklumat tidak pasti kerana boleh mewujudkan pelbagai persepsi yang salah kepada awam," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semakan Selangorkini mendapati seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Puan Ziema Rasman memuat naik status mendakwa kekurangan pelanggan sejak berita palsu itu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Hari Sabtu, tak pernah-pernah seperti ini (lengang) mana individu yang tularkan berita Pasar Awam Sungai Besar 60 orang positif itu?

"Datang la borong sayur saya, modal tidak lepas, tengah seronok lihat kesusahan orang lain ke ? sebab mulut semua peniaga pasar ini terjejas," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619