AGENDA

Benar majlis kahwin ikut SOP ketat, bantu ekonomi penggiat industri

24 Jul 2021, 1:36 AM
Benar majlis kahwin ikut SOP ketat, bantu ekonomi penggiat industri

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kerajaan diminta membenarkan penganjuran majlis perkahwinan bersaiz kecil yang mematuhi tatacara operasi piawaian (SOP) bagi membantu ekonomi penggiat industri.

Pengasas Bizmilla Wedding Centre berkata mengikut budaya dan tradisi masyarakat, ibu bapa tetap mahu melihat perkahwinan anak masing-masing walaupun dalam majlis kecil.

“Mungkin boleh mulakan dengan majlis pernikahan yang menetapkan had tetamu seramai 150 sahaja. Langkah ini juga menjimatkan kos ditanggung pengantin.

“Sekurang-kurangnya peristiwa penting yang berlaku sekali dalam hidup dapat dilihat dan menjadi kenangan bermakna,” kata Mila Jirin pada program bual bicara 'Covid-19 & Industri Majlis Perkahwinan' yang disiarkan langsung di Facebook Media Selangor dan YouTube Selangor TV malam tadi.

Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei lalu kerajaan melarang semua bentuk perhimpunan sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, doa selamat, sambutan hari jadi serta majlis rasmi kerajaan.

Bagaimanapun majlis akad nikah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619