AGENDA

JKNS sedia 3,000 tangki oksigen di PKRC Serdang - pengarah

23 Jul 2021, 1:09 PM
JKNS sedia 3,000 tangki oksigen di PKRC Serdang - pengarah

SHAH ALAM, 23 JULAI: Jabatan Kesihatan Selangor menyediakan 3,000 tangki oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Serdang 2.0 untuk disalurkan kepada institusi rawatan memerlukan bantuan segera.

Pengarahnya, Datuk Dr Shaari Ngadiman berkata pada masa sama pihaknya juga sedang membaiki kemudahan oksigen di dua hospital penuh Covid-19, Hospital Ampang dan Hospital Selayang.

"Bagi Hospital Ampang, kerja menggantikan regulator sedang dilaksanakan, dan jam 7 petang ini, ia akan dapat diatasi. Pada masa sama, kita pastikan silinder oksigen juga mencukupi" katanya pada sidang media hari ini.

Dr Shaari berkata bekalan di Hospital Selayang juga akan distabilkan selepas dilapor mengalami tekanan rendah susulan pertambahan katil.

"Di Hospital Selayang ada 1,350 tapak oksigen yang mampu menampung kapasiti 960 katil namun sekarang di sana ada 1,200 katil menyebabkan tekanan rendah, kita akan stabilkannya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619