PBT

51 kes Covid-19 dikesan di PKPD Jalan Pandan Indah

23 Jul 2021, 10:07 AM
51 kes Covid-19 dikesan di PKPD Jalan Pandan Indah

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sebanyak 51 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan penduduk Pangsapuri Merpati A, Jalan Pandan Indah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 18 Julai lalu.

Pegawai Daerah Hulu Langat Najmuddin Jemain berkata keputusan itu diperoleh hasil saringan yang dilakukan terhadap 1,400 penduduk selama dua hari.

"Bagi individu yang negatif, mereka akan divaksin tiga hari sebelum tamat tempoh PKPD dan diberikan kepada individu yang belum mempunyai janji temu MySejahtera.

"Bagaimanapun, mereka yang positif atau telah sembuh Covid-19 dikecualikan daripada diberikan vaksin," katanya ketika dihubungi.

Najmuddin berkata sebuah klinik sementara yang berfungsi sebagai pusat penilaian Covid-19 (CAC) turut dibuka untuk penduduk di kawasan itu.

"Pesakit boleh hadir ke CAC ini sepanjang waktu bekerja, namun apabila tamat boleh merujuk ke Klinik Kesihatan Batu 9 jika berlaku kecemasan," katanya.

Pada 16 Julai, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah di Selangor dikenakan PKPD selama dua minggu mulai 18 Julai.

Kawasan tersebut ialah Apartment Damai, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619