AGENDA

Vaksin mana yang lebih bagus lawan Covid-19, Sinovac atau Pfizer?

23 Jul 2021, 9:58 AM
Vaksin mana yang lebih bagus lawan Covid-19, Sinovac atau Pfizer?
Vaksin mana yang lebih bagus lawan Covid-19, Sinovac atau Pfizer?

SHAH ALAM, 23 JULAI: Semua vaksin selamat dan berkesan melawan virus Covid-19 tetapi tahukah anda, mana yang lebih baik: Sinovac atau Pfizer?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan kelebihan dua vaksin tersebut seperti berikut:

- Sinovac boleh mengurangkan jangkitan sebanyak 65.9 peratus, sementara Pfizer pula 64 peratus

- Sinovac berjaya mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus, sementara Pfizer pula lebih baik, 93 peratus

- Sinovac boleh mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi 90.3 peratus, sementara Pfizer pula 93 peratus

- Sinovac mampu mencegah kematian sehingga 86.3 peratus, sementara KKM tiada maklumat tentang keupayaan Pfizer

KKM menegaskan semua vaksin yang diluluskan untuk digunakan di negara ini adalah selamat dan berkesan.

"Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda," kata kementerian melalui Facebooknya hari ini.

"Pengambilan vaksin untuk melindungi komuniti daripada penyakit Covid-19 yang teruk adalah prioriti sekarang."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619