AGENDA

Ibu bapa korban Covid-19, pelajar wanita berazam pelihara tujuh adik

23 Jul 2021, 1:51 AM
Ibu bapa korban Covid-19, pelajar wanita berazam pelihara tujuh adik
Ibu bapa korban Covid-19, pelajar wanita berazam pelihara tujuh adik

RAWANG, 23 JULAI: Anak sulung pasangan suami isteri yang meninggal akibat Covid-19 pada minggu lalu tidak akan menyerahkan tujuh adiknya kepada mana-mana pihak.

Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, berkata dia sedaya upaya akan menjaga dan mendidik adiknya berusia empat hingga 18 tahun sehingga berjaya.

[caption id="attachment_480354" align="alignleft" width="369"] Nazurah Nabilah Benyajeed[/caption]

"Kami akan tinggal di sini. Saya tak nak kami berpisah dan akan pastikan mereka mendapat pendidikan terbaik biarpun tanpa ibu dan ayah.

"Saya tidak pernah menangis depan adik-adik kerana takut mereka risau dan terkesan. Saya kena kuat dan tidak mahu mereka rasa kehilangan," katanya yang menerima kunjungan wakil Lembaga Zakat Selangor serta Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Politeknik Mersing, Johor kehilangan bapa Benyajeed Bernie, 45, pada Jumaat lalu diikuti ibunya, Noraini Ibrahim, 43, dua hari kemudian.

Mengulas lanjut, Nazurah berkata dia sudah menjangka ibunya menjadi mangsa wabak memandangkan keadaan kritikal selain tempoh rawatan lama.

Bagaimanapun dia terkejut kerana bapanya meninggal terlebih dahulu walaupun dalam keadaan baik dan beransur pulih.

"Doktor maklumkan pagi Jumaat bantuan pernafasan ayah akan ditanggalkan tetapi petang disahkan meninggal dunia. Ibu pula masih kritikal sejak ditidurkan hujung bulan lalu dan meninggal dunia dua hari kemudian.

"Jangkitan dalam keluarga bermula dari ibu pada 16 Jun yang kerja di kilang di Rawang. Kemudian menjangkiti ayah, saya, makcik dan empat adik," katanya.

Sementara itu Nazurah berkata sumbangan empat tablet diterima daripada MBI membolehkan adiknya mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Selama ini mereka tiada peranti. Saya akan pantau proses PdPR mereka kerana kemudahan sudah ada," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619