AGENDA

KKM: 209 kes Covid-19 babit kategori tiga hingga lima

22 Jul 2021, 12:46 PM
KKM: 209 kes Covid-19 babit kategori tiga hingga lima

SHAH ALAM, 22 JULAI: Sebanyak 1.6 peratus atau 209 kes daripada 13,034 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan kategori tiga hingga lima, maklum ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 13 kes kategori lima iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 72 kes kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) serta 124 kes kategori tiga (radang paru-paru).

Jelasnya, kes kategori dua (gejala ringan) sebanyak 5,646 kes manakala kategori satu yang tidak bergejala, 7,179 kes.

"Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Malaysia mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 sebanyak 1.09 hari ini dengan Terengganu merekodkan nilai tertinggi dengan 1.31.

Menurutnya, negeri lain mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Kedah (1.25), Sabah (1.21), Pulau Pinang (1.21), Johor (1.20), Pahang (1.19), Putrajaya (1.18), Kelantan (1.18), Selangor (1.15), Perak (1.12), Negeri Sembilan (1.10), Melaka (1.10), dan Kuala Lumpur (1.07).

Rt menunjukkan kadar secepat mana Covid-19 merebak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619