AGENDA

38 laporan sindiket menyamar kakitangan KKM diterima, babit kerugian RM54,500

22 Jul 2021, 7:28 AM
38 laporan sindiket menyamar kakitangan KKM diterima, babit kerugian RM54,500

SHAH ALAM, 22 JULAI: Polis menerima 38 laporan berkaitan sindiket yang memanipulasi isu penjualan vaksin Covid-19 secara dalam talian untuk memperdaya mangsa melibatkan kerugian RM54,500.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berkata modus operasi sindiket itu ialah dengan menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Datuk Mohd Kamarudin Md Din sindiket menghubungi mangsa dan mendakwa akan dikenakan tindakan atas kesalahan menjual vaksin Covid-19 di Facebook.

"Mangsa yang panik dengan dakwaan tersebut kemudiannya akan menuruti semua arahan yang diberikan sehingga akhirnya membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan pihak sindiket," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau juga memaklumkan, JSJK turut menerima empat laporan berhubung aktiviti penipuan penjualan vaksin Covid-19 dengan lapan individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dijalankan.

"Satu daripada kes tersebut telah selesai dan pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pertuduhan dikenakan setelah mendapati tiada bukti serta keterangan untuk menuduh suspek," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619