AGENSI

MBI teliti pinda borang rebat ke pusat vaksin

21 Jul 2021, 5:01 AM
MBI teliti pinda borang rebat ke pusat vaksin

SHAH ALAM, 21 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meneliti keperluan meminda format borang permohonan rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Langkah itu susulan kerajaan membenarkan individu belum mendapat janji temu hadir terus ke PPV bagi mendapat suntikan mulai 1 Ogos, kata ketua tanggungjawab sosial korporatnya.

"Kami (MBI dan Grab) akan teliti keperluan meminda format borang permohonan agar mereka yang belum mendapat tarikh vaksin boleh memohon lebih awal.

"Asalkan penggunaan baucar tersebut digunakan sebelum 30 September," kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan rebat tersebut tidak boleh diberikan serta-merta berikutan ia perlu disemak supaya memenuhi syarat ditetapkan.

Permohonan rebat melalui perkhidmatan Grab yang dibuka 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh Selangor dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Sebelum ini, inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dikhususkan untuk penduduk berusia 50 tahun ke atas tetapi diperluas ke semua peringkat usia.

Pendaftaran boleh dibuat melalui www.platselangor.com dan tekan butang Inisiatif MBI Bisnes Amal.

Pada 16 Julai, kerajaan mengumumkan warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu suntikan vaksin boleh datang terus ke PPV tertentu mulai 1 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619