SELANGOR

Pasangan kakitangan Media Selangor lega terima suntikan vaksin percuma

21 Jul 2021, 1:45 AM
Pasangan kakitangan Media Selangor lega terima suntikan vaksin percuma
Pasangan kakitangan Media Selangor lega terima suntikan vaksin percuma

SHAH ALAM, 21 JULAI: Keprihatinan Media Selangor memberi suntikan vaksin Covid-19 percuma kepada pasangan kakitangan menerusi program Selangor Vaksin (Selvax) Industri memberi kelegaan kepada penerima.

Suri rumah Nurul Aini Ahmad Bakri, 33, berkata beliau bersyukur syarikat tempat kerja suaminya mengambil inisiatif itu kepada pasangan kakitangan.

"Langkah yang diambil ini adalah usaha memutuskan rantaian Covid-19 dan apabila menerima vaksin saya lebih yakin kerana bimbang berlaku jangkitan kepada bayi kami yang berusia tiga bulan," katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_480081" align="alignright" width="500"] Nurul Aini Ahmad Bakri, 33[/caption]

Kakitangan swasta Noor Hafizah Mohamed Jaimi, 37, pula berkata beliau teruja menerima vaksin percuma disediakan syarikat Media Selangor sekali gus dapat mempercepat proses mencapai imuniti kelompok.

"Saya telah daftar dengan MySejahtera sejak April lalu untuk menerima vaksin. Apabila suami memberitahu inisiatif ini, saya teruja dan memaklumkan kepadanya supaya mendaftarkan nama sebagai penerima vaksin," katanya.

Sementara Suri rumah Siti Mariam Mustama, 38, mengucapkan terima kasih kepada Media Selangor kerana memudahkan urusannya menerima vaskin dan memberikannya secara percuma.

"Walaupun di rumah, golongan isteri juga terdedah dengan bahaya kerana boleh berjangkit dengan suami yang bekerja di luar. Inisiatif Media Selangor ini harus dipuji," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619