AGENDA

Kit ujian kendiri bantu orang ramai kesan status jangkitan Covid-19

20 Jul 2021, 7:06 AM
Kit ujian kendiri bantu orang ramai kesan status jangkitan Covid-19
Kit ujian kendiri bantu orang ramai kesan status jangkitan Covid-19

SHAH ALAM, 20 JULAI: Penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 membantu orang ramai mengesan dan mengetahui status jangkitan wabak berkenaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook memaklumkan peralatan tersebut membantu memudahkan pengesanan dan pengawalan jangkitan sekali gus mengurangkan bebanan petugas kesihatan.

"Ia tidak menggantikan fungsi pengesanan tindak balas berantai polimeras masa nyata (RT-PCR) tetapi boleh digunakan untuk tujuan berkaitan bagi mendapatkan keputusan dengan cepat sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya.

Bagaimanapun KKM menjelaskan kit ujian tersebut perlu digunakan dengan cara yang betul mengikut arahan dan dilupuskan dengan tatacara selamat.

Peralatan tersebut membantu untuk saringan kendiri, kontak rapat dan yang bersesuaian.

Ia boleh didapati di farmasi atau fasiliti swasta berdaftar dan perlu dipastikan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) KKM.

Kerajaan Selangor menerusi Selgate Healthcare turut menambah baik fungsi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi membantu dalam pengawasan kendiri pesakit Covid-19.

Kerjasama ini melibatkan talian khas dengan pusat panggilan yang beroperasi 24 jam bagi membimbing penggunaan kit ujian kendiri berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619