AGENSI

Dua lagi kawasan PKPD di Selangor bakal terima vaksin

19 Jul 2021, 3:43 PM
Dua lagi kawasan PKPD di Selangor bakal terima vaksin

SHAH ALAM, 19 JULAI: Dua kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) iaitu Apartment Damai mukim Damansara dan Jalan Pandan Indah mukim Ampang akan menerima vaksin dalam tempoh terdekat.

Pegawai daerah Petaling berkata seramai 2,600 penduduk Apartment Damai mula disaring secara berperingkat hari ini dan esok sebelum individu yang negatif akan menerima vaksin.

"Rabu dan Khamis ini kita akan tunggu keputusan dan dijangka Jumaat boleh mula disuntik," kata Datuk Johary Anuar ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata sebanyak 700 bakul makanan keperluan diedar semalam di 700 unit rumah berpenghuni daripada 742 yang ada di tiga blok apartment berkenaan.

Sementara itu, Pegawai daerah Hulu Langat memaklumkan 1,400 penduduk di Jalan Pandan Indah telah disaring secara berperingkat sejak semalam.

"Perancangan Kerajaan Negeri adalah memastikan semua yang dikenal pasti negatif akan divaksin pada hari terakhir PKPD.

"Selain itu, bantuan makanan telah diedarkan kepada semua tiga blok apartment mengandungi 430 unit rumah pada malam tadi," kata Najmuddin Jemain.

Pada 16 Julai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah di Selangor akan dikuatkuasa PKPD selama dua minggu mulai 18 Julai.

Kawasan tersebut ialah Apartment Damai, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619