BERITA UTAMA

Sultan titah sambut sederhana Aidiladha, jangan balik kampung

19 Jul 2021, 6:30 AM
Sultan titah sambut sederhana Aidiladha, jangan balik kampung

SHAH ALAM, 19 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor sekali lagi menasihatkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana dan tidak pulang ke kampung.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah supaya Aidiladha disambut kediaman masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang tidak terkawal.

“Baginda amat bimbang sekiranya masih ada yang berdegil untuk pulang ke kampung di luar daerah sempena musim perayaan ini.

“Baginda masih berdukacita kerana perayaan umat Islam yang sepatutnya disambut dengan semangat kesatuan ummah bagi mengeratkan ukhwah terpaksa diadakan dalam keadaan yang terhad dan waspada," menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Sultan Selangor turut berharap setiap aktiviti membabitkan ibadah korban dilaksanakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Baginda mahu supaya umat Islam terus memanjatkan doa setiap kali selepas solat agar sekalian rakyat terus dilindungi dan dijauhkan daripada musibah wabak Covid-19 dan kematian,” menurut kenyataan lagi.

Pada 13 Julai, Sultan Selangor menasihatkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana di kediaman masing-masing dan tidak merentas daerah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619