AGENDA

Katil makin terhad walaupun hanya 2.1 peratus kes kategori tiga hingga lima

18 Jul 2021, 1:39 PM
Katil makin terhad walaupun hanya 2.1 peratus kes kategori tiga hingga lima
Katil makin terhad walaupun hanya 2.1 peratus kes kategori tiga hingga lima

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kapasiti katil di wad dan unit rawatan rapi (ICU) kini semakin terhad meskipun hanya 2.1 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga, empat dan lima.

Ketua pengarah kesihatan berkata pesakit kategori berkenaan masih perlu dirawat di ICU dan wad selain menyeru orang awam agar terlindung daripada jangkitan Covid-19.

"Tempoh masa yang lama diperlukan bagi kes kategori tiga hingga lima di wad dan ICU, hal ini mengakibatkan kapasiti katil yang sememangnya terhad kian hari menjadi semakin penuh dan sesak.

"Ini secara tidak langsung akan terus membebankan sistem kesihatan terutamanya di ICU, hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC)," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan bagi kes kategori lima, mereka perlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 21 hari diikuti kategori empat (14 hari) manakala kategori tiga memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama pesakit berisiko tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619