AGENDA

Orang ramai digesa jangan curi-curi balik kampung

18 Jul 2021, 12:28 PM
Orang ramai digesa jangan curi-curi balik kampung

SHAH ALAM, 18 Julai: Kerajaan menasihati orang ramai tidak "curi-curi" pulang ke kampung dan kekal berada di rumah supaya penularan Covid-19 dapat dikekang.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia susulan 4,839 kenderaan diarah berpatah balik kelmarin dipercayai cuba merentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidiladha di kampung.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah berkenaan adalah yang tertinggi dicatatkan semenjak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksana sejak bulan lalu.

"Semalam, polis melaporkan sebanyak 381,952 kenderaan diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.

"Kerajaan menasihati orang ramai supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan kekal duduk di rumah supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti orang lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri juga memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di lima lokaliti seluruh negara termasuk CLQ Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang tamat mulai esok.

Katanya, PKPD di CLQ Gamuda Garden yang bermula 30 Jun dan kemudian dilanjutkan pada 14 Julai ditamatkan pada 19 Julai seperti yang dijadualkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619