AGENSI

Mais anjur tanding video pendek, tawar hadiah RM2,700

18 Jul 2021, 3:58 AM
Mais anjur tanding video pendek, tawar hadiah RM2,700

SHAH ALAM, 18 JULAI: Sejumlah RM2,700 menanti pemenang pertandingan video pendek sempena Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Mais menerusi Facebook memaklumkan pemenang pertama akan menerima RM1,500 dan sijil, kedua (RM700 dan sijil) serta ketiga (RM500 dan sijil).

Pertandingan menghasilkan video tidak melebihi tiga minit dengan tema 'Ilmu Faraid dan Harta Pusaka' dibuka mulai semalam sehingga 31 Julai.

Syarat pertandingan adalah terbuka kepada peserta beragama Islam dengan borang penyertaan boleh didapati menerusi www.mais.gov.my.

Peserta diminta memuat naik video di Facebook dan Instagram dengan kapsyen #pertandinganvideofaraidmais selain perlu menghantar borang lengkap, pautan muat naik video serta salinan video menerusi email pro@mais.gov.my

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi Mais menerusi 013-3620108 (Muhammad Syafiq) dan 019-2647649 (Mohd Makhi).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619