AGENDA

21 kluster rentas negeri jangkiti 1,010 individu, paling banyak di Perak

17 Jul 2021, 1:50 PM
21 kluster rentas negeri jangkiti 1,010 individu, paling banyak di Perak
21 kluster rentas negeri jangkiti 1,010 individu, paling banyak di Perak

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 21 kluster rentas negeri ketika musim perayaan yang menjangkiti 1,010 individu.

Menerusi kenyataan, ketua pengarah kesihatan berkata negeri yang melaporkan jumlah tertinggi sejak 1 Jun ialah Perak dengan lapan kluster diikuti Terengganu (lima) dan Kelantan (tiga).

"Kluster ini disebabkan aktiviti rentas negeri bagi menyambut perayaan, mengunjungi ahli keluarga, hadir majlis pengebumian dan urusan kerja," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Justeru, beliau menasihati orang ramai kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan terus duduk di rumah serta tidak ulangi kesilapan sama seperti merentas daerah atau negeri yang masih lagi tidak dibenarkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619