AGENDA

MB arah bakul makanan mesti sampai 48 jam mulai PKPD

17 Jul 2021, 11:14 AM
MB arah bakul makanan mesti sampai 48 jam mulai PKPD

SHAH ALAM, 17 JULAI: Dato' Menteri Besar mengarahkan bekalan bakul makanan sampai dalam tempoh 48 jam di empat kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Penyelarasan PKPD yang dipengerusinya pagi tadi.

"Saringan Covid-19 akan dilakukan kepada semua warga dalam lingkungan PKPD terbabit yang mana warga positif akan diasingkan bagi tujuan pemantauan dan rawatan yang bersesuaian.

"Manakala warga yang didapati negatif akan divaksin oleh Pejabat Kesihatan Daerah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah di Selangor akan dikuat kuasa PKPD selama dua minggu mulai 18 Julai.

Kawasan tersebut ialah Damai Apartment, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619