EXCO

Baucar pelancongan mungkin diperkenal Oktober, bergantung situasi Covid-19

16 Jul 2021, 8:20 AM
Baucar pelancongan mungkin diperkenal Oktober, bergantung situasi Covid-19

SHAH ALAM, 16 JULAI: Kerajaan Negeri menawarkan 20,000 baucar pelancongan Selangor 2.0 yang dijangka boleh ditebus seawal Oktober sekiranya kes Covid-19 menunjukkan pemulihan.

EXCO pelancongan berkata pihaknya sedang memantau perkembangan semasa penularan wabak serta peralihan negeri ini ke fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara.

Menurutnya, bagi mencapai sasaran itu kadar pemberian vaksin di Selangor perlu mencapai 80 peratus daripada penduduknya untuk membolehkan kelonggaran diberikan termasuk kebenaran merentas daerah.

"Mungkin kita perlu tunggu sehingga Oktober untuk memperkenalkan baucar itu kepada orang ramai untuk ditebus dan digunakan.

"Kita berharap baucar pelancongan ini dapat menggalakkan orang ramai melancong dalam Selangor dan membantu penggiat sektor," kata Hee Loy Sian ketika dihubungi di sini, hari ini.

9 Jun lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta bagi kelangsungan industri pelancongan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Daripada jumlah itu, RM1 juta diperuntukkan untuk menyediakan 20,000 baucar pelancongan Selangor 2.0 bernilai RM50 setiap unit yang diagihkan melalui kaedah e-dompet dan e-baucar.

Pada 18 Disember tahun lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu.

Pengagihan membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel, taman tema dan inap desa berlesen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619