AGENDA

CAC secara maya untuk kes gejala ringan, tiada gejala

15 Jul 2021, 10:34 AM
CAC secara maya untuk kes gejala ringan, tiada gejala
CAC secara maya untuk kes gejala ringan, tiada gejala

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) akan dibangunkan secara maya dalam masa terdekat bagi mengurus kes bergejala ringan dan tidak bergejala.

Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata orang ramai tidak perlu ke CAC secara fizikal dengan penubuhan CAC maya.

"Pemantauan kes tersebut akan diadakan secara maya tanpa keperluan hadir secara fizikal ke CAC.

"Arahan pengawasan di rumah (HSO) akan diberi melalui aplikasi MySejahtera atau lain-lain. Ia (CAC maya) sah di sisi undang-undang," kata Dr Chong Chee Keong dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kapasiti katil hospital sedia ada di Lembah Klang akan dingkatkan termasuk di unit rawatan rapi (ICU) dan bukan ICU bagi menampung pertambahan kes.

Menurutnya, untuk kapasiti katil ICU, tambahan 30 katil melalui tiga modular akan diterima tidak lama lagi.

"Ketika ini 40 peratus pesakit dimasukkan ke hospital mempunyai gejala serius yang memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan membabitkan kategori tiga serta empat," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619