EXCO

EXCO mahu Tourism Selangor terus peka kehendak industri

15 Jul 2021, 6:24 AM
EXCO mahu Tourism Selangor terus peka kehendak industri

SHAH ALAM, 15 JULAI: Tourism Selangor menjadi tulang belakang kepada industri pelancongan negeri ini sejak 20 tahun lalu, kata EXCO pelancongan.

Justeru, Hee Loy Sian mahu badan induk pelancongan negeri itu terus peka dengan kehendak industri dari semasa ke semasa.

"Selama dua dekad, Tourism Selangor terus menjadi sandaran Kerajaan Negeri serta dipertanggungjawabkan dalam memacu industri pelancongan," katanya.

Loy Sian berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Tourism Selangor dalam sesi 'Tourism Selangor's Live Talk-Episod 2' secara maya semalam.

Sementara itu, pengurus besar agensi tersebut berterima kasih kepada semua pihak atas sokongan mempromosi pelancongan negeri sepanjang tempoh berkenaan.

"Tidak lupa kepada media kerana sentiasa membantu inisiatif promosi pelancongan termasuk agensi kerajaan dan swasta yang tidak putus menzahirkan sokongan kepada program serta acara.

"Seterusnya orang awam yang sentiasa menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama mereka," kata Azrul Shah Mohamad.

Beliau yang mengemudi Tourism Selangor sejak awal Januari tahun lalu berkata pelbagai rintangan diharungi setiap pihak yang berkhidmat dengan agensi terbabit.

"Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk sampai ke tanda aras ini, 20 tahun bukan tempoh singkat," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619