AGENDA

Selangor agih lagi 7,000 kit kesihatan ke seluruh CAC

15 Jul 2021, 2:48 AM
Selangor agih lagi 7,000 kit kesihatan ke seluruh CAC

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Negeri akan menambah 7,000 kit penilaian kesihatan untuk kegunaan pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Dato' Menteri Besar berkata kit itu akan diagihkan ke semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negeri terutama lokasi tumpuan ramai.

"Kit ini termasuk oximeter atau alat pengukur kandungan oksigen yang akan diberikan kepada pesakit untuk menilai secara kendiri ketika mereka berada di rumah.

"Bagaimanapun, apabila tamat kuarantin dan dipotong gelang mereka perlu menghantar kembali oximeter itu kepada CAC supaya boleh digunakan semula oleh pesakit lain," katanya dalam program bual bicara bersama Astro Awani malam tadi.

Amirudin berkata pesakit yang menjalani kuarantin juga perlu mengemas kini tahap kesihatan melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) untuk pemantauan.

Jelasnya, tiga daerah terlibat yang menggunakan keadah itu ialah Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

"Menerusi aplikasi ini, doktor akan memantau keadaan pesakit dan menentukan sama ada mereka dimasukkan ke hospital atau sebaliknya," katanya.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor memperuntuk RM1.25 juta bagi menyediakan kit kesihatan yang setiap satunya mengandungi oximeter, ubat-ubatan, pelitup muka dan jangka suhu.

Inisiatif tersebut disediakan untuk membendung kes jenazah dibawa ke hospital (brought in dead) yang kian membimbangkan kebelakangan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619