AGENSI

PKPD: KPDNHEP Selangor terima 236 aduan, periksa 2,561 premis

14 Jul 2021, 9:37 AM
PKPD: KPDNHEP Selangor terima 236 aduan, periksa 2,561 premis

SHAH ALAM,14 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menerima 236 aduan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana pada 3 Julai hingga hari ini.

Pengarahnya berkata antara aduan paling banyak diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu 109  diikuti pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) (37), perkhidmatan mengelirukan (26) dan harga (21).

Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata pihaknya turut menerima aduan berkaitan perihal dagangan palsu, jualan murah, iklan mengelirukan, barang kawalan, timbang sukat dan sewa beli kenderaan.

"Sebanyak 2,561 premis diperiksa sepanjang PKPD bermula 3 Julai lalu hingga hari ini melibatkan 200 anggota penguat kuasa.

"Tiada aduan berkaitan kekurangan bekalan barangan keperluan diterima sepanjang PKPD," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pemeriksaan terus dijalankan oleh setiap cawangan di sembilan daerah seluruh negeri.

PKPD dikuat kuasa di 34 mukim di lapan daerah negeri ini selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619