AGENDA

Komuniti India digalak teroka industri halal, kembang perniagaan

13 Jul 2021, 12:52 AM
Komuniti India digalak teroka industri halal, kembang perniagaan

SHAH ALAM, 13 JULAI : Usahawan komuniti India di Selangor digalak menerokai pasaran halal bagi mengembangkan lagi perniagaan, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri menyediakan latihan berkaitan industri halal untuk membantu usahawan tersebut.

"Meskipun aspek halal hanya tertumpu kepada orang Islam tetapi ia adalah salah satu kaedah penting untuk memperluas perniagaan kerana Malaysia memiliki masyarakat pelbagai kaum.

"Kita mahu komuniti India menembusi pasaran halal secara meluas. Justeru, menerusi program Sitham akan dikongsi cara untuk memperoleh sijil halal," katanya pada Pelancaran Permohonan Sitham 2021 secara maya semalam.

Rodziah turut menyarankan usahawan mengembangkan rangkaian perniagaan menerusi jualan secara dalam talian bagi meningkatkan pendapatan.

Pada September 2019 Kerajaan Negeri melancarkan Sitham untuk membantu usahawan komuniti India memajukan perniagaan menerusi kaedah bimbingan, geran dan peralatan perniagaan.

Orang ramai yang berminat menyertai program Sitham boleh melayari laman sesawang Hijrah Selangor atau hubungi talian 016-951 2458 yang dibuka sehingga 12 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619