AGENDA

936 penduduk Pangsapuri Sri Ayu terima vaksin sejak kelmarin

12 Jul 2021, 12:09 AM
936 penduduk Pangsapuri Sri Ayu terima vaksin sejak kelmarin

SHAH ALAM, 12 JULAI: Seramai 936 penduduk Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima suntikan vaksin sejak kelmarin.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain berkata penerima vaksin itu melibatkan penghuni di empat daripada tujuh blok penempatan tersebut.

"Berdasarkan senarai penduduk, pemberian vaksin dijangka melibatkan 2,040 individu tetapi kita perlu kemas kini senarai dengan pejabat kesihatan daerah (PKD) dari semasa ke semasa.

"PKD perlu mengecualikan penduduk berdasarkan beberapa faktor antaranya melibatkan individu masih positif Covid-19 serta sudah menerima janji temu vaksin dalam tempoh terdekat," katanya kepada SelangorKini.

Semalam Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pemberian vaksin kepada individu yang bebas Covid-19 di lokasi PKPD akan dipercepatkan untuk memastikan mereka dilindungi.

Pangsapuri Sri Ayu dikenakan PKPD bermula 30 Jun sehingga esok susulan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi terbabit dengan 205 kes positif dikesan dalam tempoh sebulan.

Langkah itu bagi memastikan penduduk berisiko dijangkiti wabak kekal berada dalam kawasan serta tidak menjangkiti komuniti luar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619