AGENSI

Selangor cadang pinda peraturan untuk dewan negeri bersidang secara hibrid

10 Jul 2021, 2:03 PM
Selangor cadang pinda peraturan untuk dewan negeri bersidang secara hibrid

BANGI,10 JULAI: Kerajaan Negeri bercadang meminda peraturan persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) supaya boleh dijalankan secara hibrid.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata cadangan mengenai perkara tersebut dijangka dibawa dalam DNS yang memulakan persidangan pada 23 Ogos.

"Mengikut peraturan undang-undang tubuh kerajaan Selangor, persidangan secara hibrid tidak dibenarkan dan kehadiran Ahli Dewan Negeri (ADN) masih diperlukan secara fizikal.

"Berdasarkan keperluan kita akan ubah dahulu undang-undang untuk tujuan itu jika mahu ia dilakukan dalam tempoh panjang antara 10 hingga 11 hari," katanya selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) hari ini.

Menurut Amirudin, beberapa usul juga akan dibawa termasuk mengkaji semula belanjawan sama ada perlu penambahan atau penstrukturan yang memerlukan keputusan dewan negeri.

Pada 9 Julai, Amirudin dalam kenyataan memaklumkan DNS akan bersidang mulai 23 Ogos ini setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Persidangan selama sembilan hari hingga 6 September mengikut format biasa meliputi soal jawab dan perbahasan, bukan sekadar sidang khas.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan istiadat pembukaan pada 23 Ogos serta DNS kemudian akan bersidang selama lapan hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619