AGENDA

Penjaja, penghantar barang disaran mohon Selvax, percepat suntik vaksin

10 Jul 2021, 2:56 AM
Penjaja, penghantar barang disaran mohon Selvax, percepat suntik vaksin

SHAH ALAM, 10 JULAI: Penjaja, peniaga kecil serta pekerja e-panggilan disaran memohon Program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti bagi mempercepat suntikan pelalian.

EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata golongan tersebut berisiko mendapat jangkitan Covid-19 kerana perlu berjumpa dengan pelbagai pihak ketika menjalankan operasi perniagaan.

"Kerajaan Negeri akan beri suntikan vaksin kepada individu yang berisiko. Mereka hanya perlu daftar menerusi pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing walaupun peniaga itu tidak mempunyai lesen," katanya.

Beliau berkata pada program `Bual Bicara Menyambung Nyawa Usaha IKS Dalam Era Covid-19′ disiarkan secara langsung di Facebook Media Selangor dan YouTube Selangor TV, malam tadi.

Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan serta mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Selvax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Manakala Selvax Industri merupakan program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran sejuta pekerja melibatkan dua juta dos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619