AGENDA

Sultan seru umat Islam hayati isi khutbah larangan bunuh diri

9 Jul 2021, 6:20 AM
Sultan seru umat Islam hayati isi khutbah larangan bunuh diri

SHAH ALAM, 9 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru umat Islam menghayati intipati khutbah Jumaat hari ini mengenai bunuh diri susulan peningkatan kes berkenaan kebelakangan ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah kandungan khutbah yang dibacakan khatib masjid seluruh negeri perlu diketengahkan untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

"Allah SWT melarang hambaNya daripada membunuh diri kerana diri mereka adalah milikNya, bukan milik mutlak diri mereka sendiri.

"Justeru, membunuh diri bermakna mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya," titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office.

Baginda juga menegaskan perbuatan tersebut adalah dosa besar yang dilarang oleh syarak serta terdapat hadis menyebutkan bagaimana azab yang dikenakan kepada orang yang membunuh diri di akhirat kelak.

Saranan khutbah untuk menghindari perbuatan bunuh diri:

1. Bersabar dengan ujian dan istiqamah mendirikan solat.

2. Sentiasa berzikir lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan ujian kerana iai memberi ketenangan dalam hati dan menghilangkan kegelisahan bahkan mengelakkan diri dari melakukan perkara lain yang tidak berfaedah.

3. Rawat dukacita dengan doa dengan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

4. Hendaklah mengajukan permasalahan yang dihadapi kepada ahli keluarga, sanak saudara dan individu lain yang boleh dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619