AGENSI

Jais tunda tiga peperiksaan peringkat menengah ke suku pertama 2022

9 Jul 2021, 4:39 AM
Jais tunda tiga peperiksaan peringkat menengah ke suku pertama 2022

SHAH ALAM, 9 JULAI: Tiga peperiksaan awam peringkat menengah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditunda ke suku pertama 2022.

Pengarahnya memaklumkan penangguhan membabitkan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD).

"Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan SMA, SMATQ dan SMATD bagi tahun 2021 ditangguhkan pelaksanaannya pada awal suku pertama 2022.

"(Ia) bagi membolehkan calon yang terlibat dapat menjalani peperiksaan ini dalam suasana lebih tenang dan selamat, Insya-Allah," kata Dato' Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengisytiharan keputusan peperiksaan SMA, SMATQ dan SMATD 2020 secara maya hari ini.

Tiga peperiksaan terbabit dijadual berlangsung antara September hingga November tahun ini, namun ditangguhkan susulan situasi semasa Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619