AGENDA

MB: Lebih 2,000 penyewa aset PBT terjejas PKP dapat moratorium

8 Jul 2021, 12:51 AM
MB: Lebih 2,000 penyewa aset PBT terjejas PKP dapat moratorium

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kerajaan Negeri meluluskan pemberian moratorium kepada penyewa aset pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata penangguhan bayaran itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 2,000 penyewa aset PBT seperti gerai.

"Keputusan pemberian moratorium ini baru diluluskan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini (7 Julai). Moratorium bagi bulan Jun dan Julai diberikan kepada penyewa dan tidak ada dalam Pakej Kita Selangor 2.0.

"Ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa perbaiki dan mendengar keperluan orang ramai serta kalau ada kemampuan pasti dilaksanakan," katanya pada ruang bicara di Facebook Bernama TV malam tadi.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan seramai 40,000 usahawan Hijrah diberikan moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Inisiatif yang memberi impak kewangan berjumlah RM11.35 juta disalurkan susulan Kerajaan Negeri memahami kesukaran golongan itu akibat pelaksanaan PKP yang menjejaskan perniagaan dan gangguan aliran tunai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619