AGENDA

Program jaminan bekalan makanan lancarkan kegiatan ekonomi pertanian

7 Jul 2021, 4:14 PM
Program jaminan bekalan makanan lancarkan kegiatan ekonomi pertanian

SHAH ALAM, 8 JULAI: Program jaminan bekalan makanan adalah langkah dalam memastikan kegiatan ekonomi pertanian berjalan lancar, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan ekonomi dalam sektor berkaitan agak rendah iaitu kira-kira 2.25 peratus dengan kadar guna tanah di bawah tiga peratus.

"Dengan adanya program jaminan bekalan makanan dapat melahirkan usahawan moden petani yang mempunyai kawasan pertanian dengan teknologi fertigasi dan hidroponik.

"Usahawan tani muda dapat kenal pasti kawasan tanah sedia ada untuk memastikan kegiatan ekonomi dipertingkatkan dan bekalan makanan mencukupi," katanya dalam siaran langsung Ruang Bicara di Facebook Bernama TV malam tadi.

Pada 9 Jun lalu, Amirudin mengumumkan peruntukan lebih RM13 juta merangkumi program jaminan bekalan makanan (RM10 juta), Program Agro Prihatin (RM1.5 juta) dan program peningkatan hasil (RM1.93 juta).

Pelan keseluruhan bernilai RM551.56 juta itu bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619