AGENDA

B40 di Selangor dipelawa mohon RM500, jangka manfaat 15,000 individu

7 Jul 2021, 8:07 AM
B40 di Selangor dipelawa mohon RM500, jangka manfaat 15,000 individu

SHAH ALAM, 7 JULAI: Golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat Covid-19 dipelawa memohon bantuan sekali bayar berjumlah RM500 sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua pegawai eksekutifnya, Saipolyazan M Yusop berkata permohonan dibuka secara dalam talian menerusi laman web http://www.zakatselangor.com.my. sejak 2 Julai lepas.

"LZS memperuntuk sejumlah RM10.5 juta bagi tujuan ini yang dijangka memberi manfaat kepada 15,000 individu dan ketua keluarga yang terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan akibat pendemik.

"Sumbangan ini diharap sedikit membantu golongan terkesan susulan pelaksananan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Diperketatkan di beberapa mukim," katanya menerusi temu bual secara maya bersama Media Selangor.

Pada 2 Julai, LZS mengumumkan agihan zakat sebanyak RM69.3 juta menerusi 19 inisiatif bagi membantu golongan terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 institusi yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini.

Empat agenda bersasar dilaksanakan untuk memenuhi keperluan asnaf, fakir, miskin dan mualaf, meringankan beban golongan rentan, menyokong pemulihan institusi agama di Selangor serta menyokong keperluan asas barisan hadapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619