AGENDA

Pusat kuarantin mini di Mentari Court mudahkan pemantauan setempat

7 Jul 2021, 4:00 AM
Pusat kuarantin mini di Mentari Court mudahkan pemantauan setempat

SHAH ALAM, 7 JULAI: Tindakan Kerajaan Selangor menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) mini di Pangsapuri Mentari Court PJS8 bagi memudahkan pemantauan setempat.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor berkata kaedah baharu itu bagi memastikan mereka yang dijangkiti wabak dapat dinilai terus di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang ada di dalam kawasan tersebut.

"Kita mewujudkan kaedah baharu iaitu menyediakan PKRC mini supaya penduduk dijangkiti akan ditempatkan di situ dan mereka yang negatif akan disaring serta divaksin di dalam pangsapuri tersebut juga," kata Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata demikian ketika bual bicara "Urus Situasi Kritikal PKPD di Selangor" secara langsung menerusi Agenda Awani malam tadi.

Isnin lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri menyediakan klinik bergerak, CAC dan pusat kuarantin di Pangsapuri Mentari Court.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata elemen baharu itu akan turut diterapkan di beberapa kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619