AGENSI

Mais: 209 keluarga di Hulu Langat terima sumbangan barangan asas

7 Jul 2021, 2:30 AM
Mais: 209 keluarga di Hulu Langat terima sumbangan barangan asas

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan sumbangan barangan asas bernilai RM20,900 kepada 209 keluarga terkesan pandemik Covid-19 di Hulu Langat semalam.

Agensi itu berkata sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas merangkumi beras, tepung, minyak dan gula menggunakan peruntukan Fidyah Mais bernilai RM100.

"Agihan kali ini melibatkan kerjasama dari empat Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM), terdiri daripada Sahabat Hospital - Serdang, Sahabat Hospital - Kajang, Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Dato Abu Bakar Baginda.

"Kepada para pembayar fidyah yang budiman, Mais mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua," katanya menerusi Facebook.

Individu beragama Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian di http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619