AGENDA

Kerjasama ibu bapa, guru perlu bagi kelancaran PdPR

6 Jul 2021, 11:56 PM
Kerjasama ibu bapa, guru perlu bagi kelancaran PdPR

SHAH ALAM, 7 JULAI: Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk memahami serta menyelami tanggungjawab satu sama lain demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Gunaan Universiti Multimedia (Psikologi) Dr Hawa Rahmat berkata sekiranya kedua-dua pihak tidak bekerjasama, ia hanya memberi kesan buruk kepada pelajar.

"Contohnya, guru memberikan kerja rumah tetapi pelajar tidak melakukannya. Cuba ibu bapa letakkan diri di tempat guru itu dan memahami perasaan mereka dan begitu juga sebaliknya.

"Oleh itu, penting ibu bapa dan guru memahami satu sama lain. Jika terdapat sebarang masalah, mereka perlu berbincang dan bertolak ansur sekali gus dapat membantu anak-anak dalam pembelajaran.

"Ibu bapa juga perlu mengambil berat dengan cuba mempelajari aplikasi yang digunakan guru bagi memudahkan proses PdPR," katanya pada program bual bicara PdPR:Cabaran emosi di sebalik layar secara langsung melalui Facebook Media Selangor.

Menurut Dr Hawa lagi, ibu bapa dan guru kini sedang menghadapi proses transformasi baharu iaitu proses PdPR dengan menggunakan teknologi terkini.

"Perubahan baharu pasti memberi kesan dan tekanan kepada kedua-dua pihak terutama guru kerana sebahagian daripada mereka juga bergelar ibu bapa.

"Golongan pendidik ini perlu diberikan sokongan moral supaya tidak terkapai-kapai sehingga boleh mengakibatkan mereka mengambil tindakan kurang bijak sehingga membunuh diri akibat terlampau tertekan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619