AGENDA

Penduduk Mentari Court selesai disaring, vaksin diberi elak PKPD berulang

6 Jul 2021, 1:07 PM
Penduduk Mentari Court selesai disaring, vaksin diberi elak PKPD berulang

SHAH ALAM, 6 JULAI: Dato’ Menteri Besar bersyukur apabila 9,007 penduduk Pangsapuri Mentari Court PJS 8 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selesai disaring.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kini seramai 1,553 penghuni bakal diberi suntikan vaksin bagi memastikan mereka tidak perlu melalui PKPD sekali lagi selain penularan wabak dalam komuniti dapat ditamatkan.

"Semalam saya telah meninjau pelaksanaan PKPD di Mentari Court, Daerah Petaling. Pelaksanaan ini amat mencabar kerana penyediaan keperluan kepada hampir 17,000 penduduk.

"Alhamdulillah, semua penduduk yang terlibat telah disaring dan kini fasa seterusnya iaitu pemberian vaksin," katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut menjelaskan pemberian vaksin di pangsapuri yang dikenakan PKPD sejak 1 Julai lalu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

"Kita berharap agar model ini dapat dilaksanakan di beberapa kawasan lain mengikut kesesuaian," tambahnya.

Amirudin juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD berkenaan.

Semalam, Seramai 1,553 penduduk Pangsapuri Mentari Court menjadi kumpulan pertama dalam negeri ini menerima vaksin jenis Pfizer dalam kawasan PKPD selepas lebih 500 kes Covid-19 dikesan.

Dato' Menteri Besar berkata langkah itu dilaksana bagi memastikan penularan wabak dalam komuniti dapat diputuskan sekali gus mengelak PKPD berulang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619