AGENSI

Portal tuisyen percuma dilayar lebih 37,000 kali, bakal tambah 80 video

6 Jul 2021, 11:15 AM
Portal tuisyen percuma dilayar lebih 37,000 kali, bakal tambah 80 video

SHAH ALAM, 6 JULAI: Portal pendidikan Selangor http://eptrs.my dilayari sebanyak 37,088 kali sejak diperkenalkan pada Januari tahun lalu sehingga semalam.

Urus Setia Program Tuisyen Rakyat Selangor, Siti Syazwani Ab Latib bagaimanapun berkata pihaknya bakal menambah 80 video pembelajaran baharu dari guru seluruh Selangor.

"Portal ini dalam proses kemas kini mungkin Ogos nanti siap sepenuhnya dengan penambahan modul yang lebih interaktif dan menarik.

"Kita jangka apabila selesai semua penambahbaikan, mungkin 30,000 lagi tambahan jumlah orang melayari portal ini," katanya ketika dihubungi.

Portal itu antara inisiatif disediakan Kerajaan Negeri menerusi Pakej Kita Selangor yang dibentang pada 20 Januari bagi membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Platform tersebut dilengkapi sesi pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah untuk SPM serta Pengajian Am dan Ujian Bahasa Inggeris (Muet) untuk STPM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619